Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi

Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi

CHHATTISGARH: Seorang kanak-kanak lelaki pekak dan bisu yang terperangkap dalam perigi sedalam 24 meter selama empat hari, berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Rahul Sahu, 10, terjatuh ke dalam perigi itu Jumaat lalu ketika bermain di belakang rumahnya yang terletak di Chhattisgarh, India.

Operasi menyelamat besar-besaran membabitkan lebih 500 anggota, termasuk tentera, polis dan pegawai bantuan bencana dilancarkan, namun usaha itu mengalami kesukaran susulan cuaca buruk dan risiko haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking.

Di sebalik pelbagai kekangan, pasukan penyelamat akhirnya berjaya menggali terowong untuk menghampiri dan menyelamatkan kanak-kanak itu pada Selasa malam.

Rahul kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka pulih tidak lama lagi, lapor media tempatan.

Ketua Menteri Chhattisgarh, Bhupesh Baghel memberi penghormatan kepada kanak-kanak itu yang disifatkan punya keberanian luar biasa.

“Kita semua berharap dia akan dapat keluar dari hospital secepat mungkin. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam operasi ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Janjgir, Vijay Agrawal memberitahu AFP, semasa di dalam perigi, Rahul yang diberi makan pisang ‘bertindak balas dengan baik’ terhadap anggota penyelamat dan kamera digunakan untuk memantau keadaan dan pergerakannya.

“Cabaran terbesar kami ialah kerana dia tidak boleh bercakap dan tidak boleh mendengar,” tambahnya.

Satu paip oksigen menyalurkan udara menjadi antara usaha kritikal pasukan penyelamat walaupun mengalami kesukaran untuk memastikan ia sampai kepada kanak-kanak itu disebabkan faktor batuan keras, menurutnya.

Perigi yang tidak bertutup adalah perkara biasa di perkampungan di India namun ia sering menjadi faktor insiden maut yang melibatkan kanak-kanak.

Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker