Azhar Idrus dapat kebenaran khas berceramah di Melaka



Azhar Idrus dapat kebenaran khas berceramah di Melaka

MELAKA: Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bakal bertandang ke negeri ini untuk menyampaikan ceramah di Masjid Al-Wahhab, Permata Duyong di sini Ahad ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, kehadiran UAI mendapat kebenaran khas Jabatan Mufti Melaka dan ia secara langsung menolak dakwaan yang berlegar sebelum ini bahawa penceramah berasal dari Terengganu itu ‘digam’ di Melaka.

Jelasnya, sesi ceramah akan berlangsung selepas solat Maghrib dan program berkenaan adalah hasil anjuran bersama pihak masjid, Persatuan Lembah Duyong dan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Duyong.

“Alhamdulillah. Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Wahhab dengan kebenaran rasmi.




“Terima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali (Ketua Menteri) atas usaha meletakkan kepentingan agama yang pertama. Tahniah kepada barisan jawatankuasa masjid atas usaha yang dibuat dalam mengimarahkan masjid.

“Selalu orang cakap UAI kena ‘gam’ dekat Melaka dan buat ceramah main langgau (langgar) sahaja, kini tak lagi,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan surat kebenaran dikeluarkan Jabatan Mufti Melaka bertarikh 10 Jun 2022 kepada Pengerusi Masjid Al-Wahhab jelas menyebut bahawa UAI bukan pemegang sijil tauliah mengajar yang dikeluarkan badan itu.

Bagaimanapun katanya, setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan, jabatan itu bersetuju memberikan kebenaran khas kepada penceramah berkenaan. Utusan

Azhar Idrus dapat kebenaran khas berceramah di Melaka





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam



Leave a Reply

Your email address will not be published.