Umno Kedah sedia tanding solo PRU15

Umno Kedah sedia tanding solo PRU15

Pemuda Umno Kedah tidak menolak kemungkinan parti itu akan bertanding secara solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) susulan hubungan parti itu dengan PAS yang dilihat semakin retak.

Ketua penerangannya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menjangkakan hubungan kerjasama kedua-dua parti itu di bawah Muafakat Nasional (MN) bakal terkubur berikutan tindakan pemimpin PAS yang berterusan menyerang Umno.



Beliau berkata, dakwaan yang dikeluarkan pemimpin PAS terhadap Umno mula dikesan berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka hujung tahun lalu, ketika kedua-dua parti masih membentuk beberapa kerajaan negeri.

“Cuma setakat ini MN nampak sudah terkubur sebab PAS sendiri mula menyerang Umno sejak PRN Melaka pada November tahun lalu.

“Jadi kita bersedia untuk bertanding secara solo serta membuat persiapan ke arah itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Kedah sebagai antara negeri yang mampu ditawan kembali parti itu pada PRU15 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.



Sehubungan itu, ia menambahkan keyakinan kepada Umno Kedah untuk meletakkan calonnya di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berhadapan mana-mana parti lawan termasuk PAS.

Kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS kini memiliki 23 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sebahagian besar dimiliki PAS (15) diikuti Bersatu (6) dan Umno (2).

Pakatan Harapan (PH) pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (5), Amanah (4) dan DAP (2), manakala dua lagi kerusi dimiliki oleh Pejuang. FMT

Umno Kedah sedia tanding solo PRU15




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]



Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker