Peja Buktikan “Level” Menteri PPBM Tak Boleh “Pakai”

Oleh Nurul Aisyah

BUKAN semua Ahli Parlimen mampu jadi menteri atau timbalan menteri. Sebagaimana yang kita ketahui kerajaan yang ada sekarang merupakan kerajaan campuran. Hampir kesemua jawatan kanan dimonopoli oleh ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kementerian yang dipegang oleh Ahli Parlimen PPBM dilihat carca marba dan sangat teruk sehingga menyusahkan dan memalukan rakyat.

Isu terhangat ketika ini membabitkan Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak diselenggara dengan baik sehingga menjadi “National Embarrassment”. Insiden itu mengundang bahan ketawa dan menjadi tular di media sosial selepas netizen menyifatkan permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘bendang’ ataupun ‘sawah padi’.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John yang mengakui kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat rosak selepas ‘dihenyak’ dengan empat perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023.

Ironinya penyokong PPBM cuba memfitnah pemimpin UMNO demi untuk menutup kesalahan pemimpin PPBM, menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Tambahan pula, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)adalah Mohd Faidz Sanusi.

Mereka sanggup memfitnah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan kononnya beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedangkan Datuk Razlan sudah tinggalkan PSM hampir 5 tahun.

Rakyat Malaysia masih ingat kehebatan Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Sukan SEA 2017 yang mencapai “World class standard” ketika itu sehingga dikagumi negara-negara asing.

Tidak pernah timbul isu padang jadi sawah padi pun ketika itu. Namun keadaan berubah 360 darjah apabila Pakatan Harapan(PH) termasuk PPBM memerintah selepas PRU-14. Keadaan negara kita melingkup dari semua sudut.

Malah menteri PPBM tersebut tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa sorakan penonton secara tiba-tiba dilihat antara punca yang menyebabkan pemain negara hilang fokus sehingga kalah dalam perlawanan bola sepak menentang Bahrain.

Ini antara contoh kegagalan menteri PPBM. Boleh dikatakan Peja membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa teruknya prestasi menteri PPBM ketika menjalankan tugas.

Untuk makluman isu kenaikan harga ayam baru-baru ini juga antara insiden yang mendedahkan kelemahan menteri PPBM. Portfolio berhubung dasar makanan, komoditi, ekonomi dan kewangan semuanya dipegang oleh menteri daripada Parti PPBM. Ahli parlimen PPBM tidak layak jadi menteri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker