Kencing di tepi jalan sempadan negara, polis cari 2 lelaki

Kencing di tepi jalan sempadan negara, polis cari 2 lelaki

Polis sedang mengesan dua lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam kerana membuang air kecil di bawah pokok berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, di Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, berdasarkan gambar tular di media sosial, kejadian itu berlaku pada 11.11 pagi Sabtu lalu.



Beliau berkata, hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia.

“Pada waktu itu adalah waktu berlakunya kesesakan aliran lalu lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

“Jarak dari tempat yang ditularkan ke tandas awam berdekatan lebih kurang 1km, yang mana sekiranya pemilik kenderaan meninggalkan kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, dua lelaki itu sedang dikesan untuk diambil keterangan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.



“Pemantauan akan dibuat agar perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya. FMT

Kencing di tepi jalan sempadan negara, polis cari 2 lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?



Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker