Ismail, Kishida bincang perkukuh hubungan Malaysia dan Jepun

Ismail, Kishida bincang perkukuh hubungan Malaysia dan Jepun

MALAYSIA dan Jepun sedia untuk bersama-sama memperkukuh hubungan dua hala yang terjalin sekian lama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara tersebut dipersetujui bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida hari ini dalam perbincangan menerusi panggilan telefon daripada Kishida.



“Kami turut membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama, khususnya mengenai usaha memperkembangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, perdagangan, industri pertahanan serta pembangunan sumber manusia,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Ismail Sabri berkata Malaysia juga mengalu-alukan penubuhan kampus luar negara pertama Universiti Tsubuka di Malaysia oleh negara matahari terbit itu.

Beliau turut menekankan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan dan meminta semua mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan, mengawal tindakan selain menekankan bahawa perairan tersebut perlu kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil.

Katanya kedua- dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar dan Semenanjung Korea, Prospek ASEAN mengenai Indo-Pasifik serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik.



“PM Kishida dan saya bersetuju untuk mempertingkat rundingan erat bagi memperkukuh kerjasama di bawah Perkongsian Strategik,” katanya. Utv

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Ismail, Kishida bincang perkukuh hubungan Malaysia dan Jepun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)



‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker