Bon Odori: ‘Orang kita pula lebih sudu dari kuah nak sambut’

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, generasi kini yang terhegeh-hegeh mengangkat perayaan festival Bon Odori sehingga sanggup mengetepikan akidah, bahkan mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditutup.

Orang ‘kita’ seperti lebih sudu daripada kuah apabila bermati-matian dan terhegeh-hegeh mengamalkan budaya Jepun yang mempunyai aspek syirik, sedangkan banyak budaya lain boleh disambut tanpa masalah.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, generasi kini yang terhegeh-hegeh mengangkat perayaan festival Bon Odori sehingga sanggup mengetepikan akidah, bahkan mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditutup.

Beliau berkata, isu sambutan Bon Odori sudah jelas berkaitan dengan hal akidah dan sememangnya tiada keperluan untuk disambut oleh orang Islam.

Bahkan katanya, mufti dan golongan ilmuan senada dengan saranan Jakim, malah tiada larangan untuk perayaan itu disambut orang bukan Islam.

“Saya tidak faham mengapa ramai pula orang Melayu yang ‘kepanasan’ dengan saranan Jakim itu.

“Ramai yang menggunakan alasan ‘budaya’ untuk menghalalkannya walaupun aspek syirik itu masih diamalkan secara masyhur oleh masyarakat Jepun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aminuddin berkata, sepatutnya apabila Jepun sudah tiada, orang Melayu boleh mengangkat budaya bangsa sendiri, namun sebaliknya pula berlaku hari ini.

“Orang kita pula lebih sudu daripada kuahnya. Nenek moyang kita dahulu dipaksa ‘menganuti’ budaya Jepun dengan penuh kekerasan dan dalam masa yang singkat ketika zaman penjajahan Jepun dahulu.

“Malah, Raja-Raja dan Sultan-Sultan pun dikesampingkan begitu sahaja oleh Jepun yang memaksa budaya mereka kepada rakyat-rakyat Tuanku pada ketika itu.

“Apa-apa pun berkadarlah. Ingatlah pada batas-batas agama, apatah lagi bab akidah kerana itu adalah yang paling asas sebagai seorang muslim,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker