Isteri pukul suami kaki botol hingga mati



Isteri pukul suami kaki botol hingga mati

Lima kesan tetakan ditemui di kepala seorang lelaki yang maut selepas dipukul isteri serta adik lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Seksyen 25, Shah Alam, semalam.

Kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam apabila isterinya dipercayai berang selepas mangsa berusia 42 tahun sering mabuk.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian itu, suspek berusia 40 tahun dipercayai dibantu adik lelakinya yang tinggal bersama mereka sejak enam bulan lalu.

“Siasatan mendapati, mangsa bekerja dalam bidang pembersihan di sekitar Shah Alam. Isteri mangsa bertindak memukul mangsa yang mabuk sehingga rebah.




“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan lima kesan tetakan ditemui belakang kepala, satu kesan lebam di badan, koyak di bibir dan bengkak di pipi,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, pasangan berkenaan tinggal di rumah sewa bersama tiga anak berusia empat hingga 16 tahun serta adik lelaki suspek yang berusia 29 tahun.

“Suspek bekerja di sebuah kilang di Shah Alam manakala adiknya seorang pelajar kolej swasta ditahan kerana dipercayai bersubahat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya. FMT

Isteri pukul suami kaki botol hingga mati





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.