Tersalah tekan pedal minyak punca wanita dirempuh
TAWAU – Tersalah tekan pedal minyak punca seorang wanita dirempuh kenderaan dalam kejadian di sebuah di stesen minyak di Jalan Sin On, di sini, pada Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun yang berada di hadapan kaunter stesen minyak itu bagaimanapun bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang dipandu wanita berusia 54 tahun dan seorang pejalan kaki.
“Kejadian berlaku ketika pemandu kenderaan yang dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Ranggu menuju ke Kampung Muhibbah telah singgah ke stesen minyak terbabit untuk mengisi minyak.
“Selepas selesai mengisi minyak, pemandu berkenaan menghidupkan kenderaannya dan menekan pedal minyak yang disangka pedal brek dan seterusnya menyebabkan kenderaan terbabit meluncur laju lalu merempuh dinding kaunter serta seorang wanita yang kebetulan berada di kaunter pembayaran,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Jasmin berkata, akibat kejadian itu menyebabkan dinding kaunter retak manakala pemandu tidak mengalami kecederaan namun kenderaannya rosak di bahagian hadapan.
“Wanita yang dilanggar pula mengalami luka di bahagian kaki sebelah kanan.
“Hasil siasatan mendapati pemandu warga asing itu tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Bagaimanapun, Jasmin berkata, kes masih dalam siasatan polis dan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum itu, satu video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 29 saat memaparkan detik cemas seorang wanita yang berada di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak dirempuh oleh sebuah kenderaan yang baru selesai isi minyak.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY