Amirudin lebih tahu buat propaganda – Farhash

Amirudin lebih tahu buat propaganda – Farhash

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyelar kenyataan Ketua PKR Selangor berhubung kritikannya mendakwa pihak mempersoalkan keputusan pemilihan parti tidak sepatutnya menyokong tuduhan dibuat dengan “propaganda”.

Farhash, yang menentang Amirudin bagi perebutan ketua bahagian Gombak, berkata sekiranya sesiapa yang mengetahui propaganda dilakukan, ia semestinya dibuat menteri besar Selangor berkenaan.

“Itulah sebenarnya yang dia sebarkan,” kata bekas pembantu kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim kepada FMT.

Farhash berkata, calon tidak berpuas hati sudah menghantar bantahan mereka termasuk bukti menyokong dakwaan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“Amirudin sepatutnya fokus berhubung pembuktian 1,500 undi yang diterima secara dalam talian.”

Awal hari ini, Amirudin berkata, pihak yang mempersoalkan keputusan pemilihan parti perlu mengemukakan bukti untuk ditentusahkan JPP, bukannya menggunakan propaganda untuk menyokong dakwaan dibuat.

Dalam ‘serangannya’ terhadap Farhash, beliau berkata, ia termasuk pihak yang mempertikaikan keputusan pemilihan ketua bahagian Gombak.

Amirudin menang dalam persaingan merebut jawatan itu selepas mendapat 1,858 undi, manakala Farhash, yang juga bekas ketua PKR Perak meraih 1,215 undi.

Farhash seterusnya menuntut audit forensik dilaksanakan dengan menyifatkan perbezaan jumlah undi diterima tidak selaras dengan jumlah pengundi. FMT

Amirudin lebih tahu buat propaganda – Farhash


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker