Katering tak muncul-muncul, keluarga pengantin kalut masak lauk kenduri

Katering tak muncul-muncul, keluarga pengantin kalut masak lauk kenduri

Sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi panik apabila keluarga pengantin terpaksa bergotong-royong menyediakan hidangan lauk kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan pada hari kejadian.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Ajan Reduan yang memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika majlis perkahwinan sepupunya.

“Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan dan semua keluarga bertungkus-lumus masak sendiri apa yang patut, kesian,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, pihak pengantin telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku kerana mereka telah menanggung kerugiaan yang besar akibat ditipu pihak katering sehingga menyusahkan ramai pihak.

“Laporan polis dah dibuat, semoga tabah,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman yang hampir sama.

“Saya pun pernah kena tipu dengan katering, perjanjian masak untuk 500 orang makan, tapi baru satu jam majlis berlangsung, lauk semua dah habis, macam buat untuk 100 orang sahaja, tak masuk akal langsung,” kongsi Amirah.

“Memang kena selalu ‘update’ dengan pihak katering setiap masa, lagi-lagi bila dah dekat majlis, setiap hari mesej ingatkan, biar mereka lebih peka,” pesan Asyura Haiza. K Online

Katering tak muncul-muncul, keluarga pengantin kalut masak lauk kenduri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker