BJP hina Nabi Muhammad, ketegangan meletus

BJP hina Nabi Muhammad, ketegangan meletus

MUMBAI: Kerajaan India hari ini berusaha meredakan kemarahan dari dalam dan luar negara selepas dua pegawai parti yang pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) membuat kenyataan mengenai Nabi Muhammad SAW.

Susulan daripada itu, 38 orang ditangkap kerana merusuh di bandar utara dan merancang protes yang dijadual diadakan di Mumbai.

Tangkapan di bandar Kanpur itu adalah sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan agama yang timbul selepas dua pegawai BJP pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi membuat kenyataan yang telah menimbulkan kemarahan meluas dalam kalangan umat Islam di India dan luar negara.

Beberapa pegawai tinggi India terbabit dalam menguruskan isu yang membawa kepada krisis diplomatik ketika negara termasuk Qatar, Arab Saudi, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afghanistan, Pakistan dan Iran menuntut permohonan maaf daripada kerajaan kerana membenarkan kenyataan yang menghina itu, kata seorang pegawai Kementerian Luar India.

Hujung minggu lalu, diplomat India yang ditempatkan di negara Teluk dan negara Islam jirannya telah dipanggil oleh pegawai di negara berkenaan untuk membantah komen dikeluarkan pegawai BJP.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam satu kenyataan berkata, ‘penghinaan itu berlaku ketika peningkatan kebencian dan penghinaan terhadap Islam di India dan gangguan sistematik terhadap umat Islam’.

Badan dianggotai 57 ahli yang berpengaruh itu memetik keputusan terbaharu untuk mengharamkan pemakaian tudung di institusi pendidikan di beberapa negeri di India dan pemusnahan harta benda orang Islam yang didakwa sebagai tindakan berat sebelah oleh kerajaan India.

Kementerian Luar India dalam satu kenyataan berkata, hantaran di Twitter dan komen yang menyinggung perasaan itu tidak langsung menggambarkan pandangan kerajaan.

“Tindakan tegas telah diambil terhadap individu-individu ini oleh badan yang berkaitan. Kami kesal kerana Sekretariat OIC sekali lagi memilih untuk membuat komen yang mencetuskan salah faham dan kekeliruan,” kata jurucakap kerajaaan, Arindam Bagchi.

Dalam pada itu, semalam BJP turut mengambil tindakan menggantung seorang jurucakap dan memecat pegawai lain kerana mencetuskan sentimen agama membabitkan masyarakat minoriti.

Untuk rekod, umat Islam mewakili kira-kira 13 peratus daripada 1.35 bilion penduduk di India.

Bharatiya Janata Party (BJP) spokesperson Nupur Sharma’s controversial comments against Prophet Muhammad during a television interview have snowballed into a diplomatic nightmare for the ruling party. Islamic nations have condemned the remarks with some even summoning Indian envoys.

BJP hina Nabi Muhammad, ketegangan meletus

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker