Wanita diserang babi hutan semasa berjemur di tepi pantai



Wanita diserang babi hutan semasa berjemur di tepi pantai

Seorang wanita telah digigit oleh seekor babi hutan liar yang mengamuk ketika sedang berjemur di pantai di Costa del Sol, Sepanyol, lapor akhbar Metro UK semalam.

Haiwan yang tampak keliru itu dirakam berlari keluar dari pesisir pantai dan menyerbu ke arah wanita berusia 67 tahun itu sebelum penyelamat segera membunyikan penggera.

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke pantai El Albir kira-kira pukul 11 pagi (waktu tempatan) manakala penyelamat menghalau haiwan itu daripada mendekati pengunjung.

Wanita itu kemudian mendapatkan rawatan di pusat kesihatan tempatan setelah mengalami kecederaan kecil pada kakinya. Dia diberi antibiotik untuk mencegah jangkitan.




Babi hutan itu telah dikesan oleh kru bot yang memaklumkan kepada pengawal pantai kerana gagal menangkapnya.

Ia dipercayai datang dari Taman Semula Jadi Serra Gelada yang terletak di bandar Benidorm, Alfaz del Pi and Altea.

Keberadaan haiwan itu ketika ini masih tidak diketahui. K Online

Wanita diserang babi hutan semasa berjemur di tepi pantai


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Leave a Reply

Your email address will not be published.