Undang-Undang Alam Sekitar perlu disegerakan
Undang-Undang Alam Sekitar perlu disegerakan
Pelaksaaan Undang-Undang Alam Sekitar akan diumumkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) selepas semua maklumat berkaitan perundangan baharu itu dimuktamadkan kementerian tersebut kelak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, pihaknya juga percaya undang-undang itu sedang dirangka KASA memandangkan perkara berkenaan telah lama dibicarakan sebelum ini.
“KASA akan tentukan bila dan kita percaya ia telah dirangka sebab sudah lama bercakap hal ini. Bagaimanapun, saya belum ada maklumat terperinci.
“Insya-Allah, saya dapatkan maklumat itu Rabu ini dalam sesi Kabinet dan akan menekankan bahawa ia perlu disegerakan sebab kita tahu banyak pencerobohan alam sekitar,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu Negara tadi.
Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.
Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mahu konsep ‘empowering the community’ diperluaskan bagi
merealisasi agenda hijau negara.
“Justeru itu, saya mahu agensi kerajaan berkaitan turut membantu terutamanya memudahkan urusan serta memberi bantuan yang diperlukan dalam penjagaan alam sekitar.
“Saya juga mahu semua syarikat pelaburan di bawah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menyelaras pelan tindakan dan sasaran kelestarian mereka diikuti dengan pemantauan dan laporan lebih terangkum,” jelasnya. K Online
Undang-Undang Alam Sekitar perlu disegerakan
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]