Shahanim Wakaf MPV Untuk Kebajikan Penduduk Sg Petani

Shahanim Wakaf MPV Untuk Kebajikan Penduduk Sg Petani

Prihatin dengan masalah rakyat, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV) peribadinya untuk tujuan kebajikan di Sungai Petani.

Shahanim yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, langkah itu bagi memudahkan masyarakat setempat yang mempunyai masalah kenderaan.

“Kereta jariah kasih sayang, Tok Nim (Shahanim) nak wakaf kereta kepada penduduk dalam Parlimen Sungai Petani yang tiada kenderaan.

“(Buat kegunaan mereka) yang nak bawa mak ayah, anak-anak sakit ke hospital atau mana-mana tujuan perubatan dan hal-hal kemanusiaan,” katanya melalui satu muat naik di Facebook.

Menurut Shahanim, mereka yang ingin menggunakan khidmat MPV tersebut boleh menghubungi beliau atau pejabat UMNO Bahagian.

“Kalau siapa-siapa nak guna, boleh hubungi pejabat UMNO Bahagian Sungai Petani 04-421 0014 atau telefon saya di talian 012-408 3594.

“Andai satu hari Tok Nim tak ada pun, Tok Nim harap kereta ini dapat bagi manfaat kepada yang memerlukan terutama anak-anak yatim,” katanya lagi.-AA

Shahanim Wakaf MPV Untuk Kebajikan Penduduk Sg Petani

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker