APMM karamkan 3 bot nelayan Vietnam
KOTA BHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melupuskan sebanyak tiga buah bot nelayan warga Vietnam yang telah dilucut hak untuk dijadikan tukun tiruan di lokasi 5.2 batu nautika dari Kuala Besar di sini hari ini.
Tiga bot itu dilupuskan menerusi kaedah penenggelaman dengan kerjasama dan kepakaran Institut Sumber Marin Asia Tenggara dan Jabatan Perikanan Malaysia.
Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, bot itu telah dilucut hak oleh mahkamah selepas ditahan dalam Op Damai dan OP Kuda Laut baru-baru ini.
Menurutnya, tiga bot itu ditahan bersama 21 nelayan warga Vietnam termasuk tekong bersama 500 kilogram ikan, 9,000 liter diesel, peralatan navigasi dan alat menangkap ikan yang bernilai RM 4.5 juta.
“Kesemua nelayan telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
“Tekong ketiga-tiga bot turut disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Syed Nur Adli, nilai denda mahkamah bagi kesemua nelayan asing yang ditahan berjumlah RM 4.4 juta, namun mereka memilih untuk dipenjarakan.
Dalam perkembangan sama, menurutnya, APMM Kelantan telah melupuskan sebanyak 249 bot nelayan asing Vietnam dengan anggaran nilai RM373 juta sejak 2007
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.