Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad meninggal dunia

Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad meninggal dunia

Dunia bola sepak negara berduka hari ini selepas legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya, tengah hari tadi.

Pemergian legenda yang juga antara penyerang terbaik skuad negara itu disahkan oleh EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, sebentar tadi.



“Dukacita dimaklumkan legenda bola sepak negara yang membantu skuad negara mengutip pingat gangsa di Sukan Asia Teheran, 1974 menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat,” ciap Christopher menerusi akaun Twitter miliknya.

Sebagai rekod, Syed Ahmad yang berusia 76 tahun itu berjaya menjaringkan gol dalam aksi kelayakan di Seoul, Korea Selatan pada 1971 yang melayakkan Malaysia beraksi di Sukan Olimpik.

Badan induk itu berkesempatan melawat Syed Ahmad yang ketika itu menderita penyakit kanser di kediamannya di Perlis pada Februari lalu. BH



Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker