Persahabatan dua keluarga Zahid, Anwar tiada sempadan – Nurulhidayah

Walaupun berbeza pendirian politik, Nurulhidayah Zahid mengakui keluarganya dan keluarga Anwar Ibrahim sudah kenal lama.

Bagaimanapun, kata Nurulhidayah, persahabatan tidak mempunyai garis sempadan.

“Keluarga kami kenal satu sama lain sejak saya kecil. Pada saya, persabahabatan tiada sempadan.



“Tiada masalah.

“Politik, persahabatan, kami tidak campur aduk,” kata anak sulung presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara dengan portal berbahasa Inggeris Sinar Daily.

Zahid dan Anwar sebelum ini pernah berada dalam satu kem ketika Anwar menjadi pemimpin kanan Umno.

Umno dan PKR pernah dispekulasi mahu bekerjasama untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, susulan dakwaan rakaman suara bocor mereka.



Mereka bagaimanapun masing-masing menafikannya.

Sementara itu, ditanya pandangannya berkaitan Anwar, Nurulhidayah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai baik dan bermulut manis.

“Bila kamu cakap dengan dia, selalu cakap perkara positif.

“Saya rasa dia sweet,” kata Nurulhidayah.



 

Nilai kekeluargaan

Usahawan wanita itu juga berkata dia menghormati nilai yang diamalkan dalam keluarga Anwar.

“Politik itu kita letak tepilah kan. Nilai kekeluargaan, bagaimana dia sebagai seorang bapa, saya sanjungi dia,” katanya.



Bagaimanapun, ketika ditanya siapa patut menjadi perdana menteri, Nurulhidayah cuma membertikan jawapan umum–“ketua parti”.

“Pada saya, sekarang kita tidak tahu.

“Jadi kita patut tunggu sehingga PRU5,” katanya.

Ditanya apa yang perlu untuk menjadikan Malaysia hebat semula, dia berkata perkara itu ialah perpaduan.



“Kita patut lebih gembira, Kita patut lebih positif,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker