Jangan hanya bertahan, Tok Mat gesa parti komponen BN ‘hentam PH, PN cukup-cukup’
Jangan hanya bertahan, Tok Mat gesa parti komponen BN ‘hentam PH, PN cukup-cukup’
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) agar lebih agresif “menyerang” musuh, khususnya daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang mahu melihat gabungan itu “karam”.
Mohamad, yang lebih popular dengan jolokan Tok Mat membuat gesaan itu susulan kecewa dengan jentera parti komponen BN – Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) – yang gagal membidas serangan bertalu-talu parti pembangkang.
“Saya perhatikan dalam banyak keadaan, kita gagal memberikan jawapan dan bidasan. Saya kadang-kadang berasa sangat kesal atas sikap berdiam diri kita. Jentera parti komponen nampak tidak berupaya menangkis tohmahan keji lawan kita dengan radikal dan berkesan.
“Jangan biar bossku (Najib Razak) seorang sahaja lawan, kita semua dalam dewan ini mesti agresif lawan. Jangan berpeluk tubuh sahaja dan biarkan BN karam dalam limpahan serangan bertalu-talu dari pelbagai sudut oleh PH dan PN.
“Bukannya kita ini parti yang tidak ada sumber dan kekuatan. Kita ada pelbagai sumber dan kelebihan. Jadi gunakanlah! Hentam cukup-cukup, pastikan kita raih kemenangan dalam PRU15,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen BN sempena ulang tahun BN ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Gesaan pemimpin nombor dua Umno itu disahut penuh semangat oleh lebih 4,000 perwakilan parti komponen BN yang mula membanjiri lokasi tersebut pada 7 pagi.
Dalam ucapannya, Tok Mat juga memberi peringatan agar pendekatan “tunggu dan lihat” serta menjawab hanya apabila diserang mesti ditamatkan segera, sebaliknya BN perlu giat membongkar kegagalan PH dan PN selama ini.
“Saya harap kepimpinan dan ahli semua parti komponen BN akan memberi perhatian serius kepada apa yang saya tegaskan ini,” katanya.
Beliau yang juga ADUN Rantau turut memberi peringatan kepada semua parti komponen agar berpegang teguh kepada politik bermoral agar gabungan itu kekal bertahan.
“Perkara yang tidak bermoral tidak akan menang. Apa jua yang bermoral, pasti akan bertahan dan dikenang. Kita mesti menolak sang oportunis politik. Jangan beri ruang kepada pedagang politik,” kataya.
Beliau turut mengimbau “kejatuhan” BN apabila satu persatu parti komponen meninggalkan gabungan itu selepas kerajaan Najib Razak tumbang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Dahulu kita dalam BN berbelas-belas komponen. Bila kita kalah, kita cuma tinggal berempat. Semua meninggalkan kita. Kerana moral, perjuangan dan kesetiaan mereka telah ditafsir dan diubah-ubah mengikut selera dan perut yang tidak pernah kenyang.
“Walaupun kita hanya tinggal berempat, jika kita berpegang pada prinsip, pada politik bermoral, pada landasan dan falsafah yang berpandukan nilai, kita pasti akan menang,” katanya. FMT
Jangan hanya bertahan, Tok Mat gesa parti komponen BN ‘hentam PH, PN cukup-cukup’
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.