Pemain Bola Sepak Rogol Remaja Perempuan



Pemain Bola Sepak Rogol Remaja Perempuan

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan penahanan seorang pemain bolasepak liga tanah air bagj membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh remaja berusia 18 tahun yang didakwa dirogol oleh suspek.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun mengesahkan pihaknya menahan pemain bola sepak itu pada jam 10 malam, 29 Mei lepas di jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

“Saya mengesahkan penahanan dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa” katanya kepada pemberita selepas Majlis Cinta dan Air mata peringkat Zon Kelantan – Terengganu petang tadi.

Suspek berusia 28 tahun serta mempunyai isteri dan dua anak manakala mangsa merupakan seorang jurujual kain dan tudung.

Suspek didakwa merogol mangsa di rumahnya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, PCB di sini sekitar jam 12.30 tengahari 29 Mei lepas.




“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek,”

Katanya, mangsa sudah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut Muhammad Zaki lagi, hasil pemeriksaan mendapati berlaku kesan koyakan baharu pada hymen (selaput dara) mangsa.

Hasil siasatan dan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati mangsa mengenali suspek yang juga pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.




Katanya, mangsa juga mendakwa pernah menerima gambar dan mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah.

“Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.-HM

Pemain Bola Sepak Rogol Remaja Perempuan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: