Bukan masa sesuai adakan PRU15 kerana inflasi, kos sara hidup sedang meningkat – PM

Bukan masa sesuai adakan PRU15 kerana inflasi, kos sara hidup sedang meningkat – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, dan menganggap ia tidak sesuai memandangkan kenaikan harga barang makanan dan kos sara hidup yang berkaitan.

Menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini, Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan sebagai berkata, beliau masih menunggu waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.



Katanya lagi, kenaikan harga barang makanan serta kos sara hidup itu, dilihat berpunca dari ketegangan yang berlaku di peringkat global akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine.

“Kita sekarang sedang menghadapi peningkatan inflasi, dengan harga barangan yang melambung tinggi … awak rasa ia waktu yang sesuai (untuk adakan pilihan raya?,” katanya seperti dilaporkan Nikkei.

Ismail Sabri, yang juga merupakan Naib Presiden dalam UMNO, didakwa sedang menghadapi tekanan dari pihak tertentu dalam parti, bagi membubarkan parlimen lebih awal.

Menurut laporan media terdahulu, Bank Negara Malaysia mengunjurkan kenaikan inflasi antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus tahun ini, dengan kenaikan harga barangan sekitar 4.3 peratus.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, perbubaran parlimen tidak boleh dilakukan melebihi tempoh yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan (Ogos 2023), tetapi untuk mengadakannya lebih awal bergantung kepada situasi semasa.

“InsyaAllah saya akan membuat keputusan bila waktu yang sesuai,” katanya lagi.



Selain itu Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata, beliau adalah seorang patuh kepada kehendak parti, dan akan menurut keputusan UMNO serta Kabinet dalam soal pembubaran Parlimen.-AA

Bukan masa sesuai adakan PRU15 kerana inflasi, kos sara hidup sedang meningkat – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker