Syed Saddiq kena usik netizen berdiri tegak dalam LRT

Syed Saddiq kena usik netizen berdiri tegak dalam LRT

Tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq menggunakan perkhidmatan rel LRT Laluan Kelana Jaya dipuji orang awam.

Visual Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berdurasi sembilan saat menaiki pengangkutan awam tular di Twitter.



Beliau yang memakai baju batik berlengan pendek, berseluar warna gelap serta mememang beg bimbit dirakam berdiri ketika menaiki pengangkutan awam berkenaan.

Menurut mereka, tindakan bekas menteri belia dan sukan itu menggunakan tren merupakan usaha yang sangat bagus bagi mempromosi pengangkutan berkenaan.

“Setiap ahli Parlimen harus menggunakan pengangkutan awam dan melihat apa yang salah dengan perkhidmatan, jangan lupa untuk mengambil gambar objek yang rosak,” ujar Potteh_23.

“Hebatnya! Saya menggunakan Grab untuk pergi kerja kerana malas tetapi sekarang mendapat semangat untuk menggunakan pengangkutan awam,” kata Lontong.



“YB, beli baju batik kat mana? Nak hensem jugak macam YB. Eh penat berdiri tu, jemput duduk YB,” gurau Tuan Ayie Ibn Samsuri.

“Aku tertanya siapa mamat ni. Ya Allah YB Syed Saddiq rupanya,” puji Penyu_Lipas.

Bagaimanapun ramai juga yang meminta Syed Saddiq agar cuba menggunakan perkhidmatan tersebut pada waktu puncak.

Ini kerana pada waktu itu terutama ketika pergi dan balik kerja, jumlah penumpang di dalam tren meningkat berkali ganda.



“Kalau saya terjumpa dia dalam LRT nak tegur. Lain kali naik waktu peak hours. Baru boleh tau apa yang kami lalui setiap hari,” pesan Seri Anggerik.

“Oh. Pukul berapa ni? Perjalanan seterusnya sila cuba pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi dan lewat petang, barisannya hurm…” kata Mizzura.

“Naik pukul 5.00 tau la jadi Syed Sardin,” usik GFNO Coach_Angahdinho.

Ada juga pengguna media sosial yang mengusik Syed Saddiq kerana berdiri terlampau tegak di dalam tren.



Menurut mereka, cara Syed Saddiq berdiri adalah berbeza berbanding penumpang yang telah biasa menggunakan pengangkutan awam tersebut.

“Saya faham naratif itu tetapi ia tidak kelihatan normal pada saya. Pengguna biasa adalah seperti amoi di sebelahnya yang bermain telefon atau membaca sesuatu. Keadaan dia lebih seperti askar yang sentiasa bersiap sedia,” kata Strangewise.

“Jarang tengok lelaki kalau naik LRT diri tegak gitu hehehe. Dulu training polis ke bang?” tanya NLin.

“Berdiri tegak pun comel,” kata Ambivert.



“Ni mesti masa kecik-kecik selalu main askar tegak kan? Terikut sampai ke besar tegak dia hahaha,” gelak Ziqman.

Moga lebih ramai ahli politik menggunakan perkhidmatan awam.

Mana tahu dalam salah satu perjalanan boleh berdiri atau duduk di sebelah Syed Saddiq atau Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin atau Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan lain-lain lagi.

Dengan cara ini boleh menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam sekaligus mengurangkan kesesakan jalan raya. MG



Syed Saddiq kena usik netizen berdiri tegak dalam LRT


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker