Impian Lelaki Ini Nak Jadi Anjing Akhirnya Tertunai [VIDEO]

Impian Lelaki Ini Nak Jadi Anjing Akhirnya Tertunai [VIDEO]

Tokyo: Seorang lelaki Jepun dikenali sebagai Toco yang sentiasa ingin hidup sebagai haiwan, akhirnya ‘berjaya’ memenuhi impiannya itu dengan menjadi ‘anjing’.

Impian itu direalisasikan bengkel kesan khas Zeppet yang menyiapkan kostum anjing ultra-realistik untuk menyembunyikan kerangka manusia dan membolehkannya berfantasi.

Odditycentral melaporkan, Zeppet mengenakan bayaran kira-kira dua juta yen (kira-kira RM690,000) kepada Toco untuk mencapai impiannya.



Keputusan akhirnya sangat mengagumkan apabila Toco bertukar menjadi anjing jenis Rough Collie malah lelaki itu dengan bangganya turut berkongsi foto dan video dirinya memakai kostum anjing itu.

“Saya rasa adalah membazir jika saya seorang sahaja yang berpuas hati (dengan hasil kostum).

“Jadi saya berkongsi kegembiraan ini dengan menyiarkan video dan gambar di Twitter serta di saluran YouTube.

“Saya tidak menjangkakan perkongsian ini memberi kesan yang hebat kepada ramai orang,” katanya.



Ketika ditanya mengapa dia mahu hidup sebagai haiwan, Toco berkata, ia adalah sesuatu yang ‘sukar’ untuk dijawab.

Kisah luar biasa Toco menjadi tular di Jepun malah dipaparkan di rancangan televisyen nasional, seperti Nippon TV ‘Sôkai jôhô variety Sukkiri!’.

Di media sosial, maklum balas tidak dapat dirumuskan dengan sesetengah orang bergelut untuk memahami keinginan Toco untuk hidup sebagai seekor anjing.



Ada pendapat yang lain mengatakan bahawa, selagi Toco tidak menyakiti sesiapa, apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kepuasan peribadinya.



Impian Lelaki Ini Nak Jadi Anjing Akhirnya Tertunai [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker