Budak tiga tahun hilang ketika beraya atas rakit

KUANTAN: “Anak saya dibesarkan di rumah rakit ini hampir dua tahun dan sudah terbiasa dengan keadaan di kawasan ini.Hati saya kuat menyatakan dia masih hidup.”

Demikian luah Muhammad Sukri Ali, 50, bapa kepada Siti Nur Athhiya Sofea, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan yang hilang dan dikhuatiri lemas di rumah rakit milik bapanya pukul 11.15 malam kelmarin.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian menimpa anaknya yang mesra dipanggil Tiya namun berharap ditemukan dengan selamat.
“Ketika kejadian rumah rakit ini dipenuhi saudara-mara dan beberapa kenalan rapat disebabkan ada sambutan hari raya, malah setiap sudut rumah dipancar lampu.



“Keadaan di sini terkawal de­ngan kehadiran tetamu kira-kira 30 orang dan saya andaikan sekiranya Tiya terjatuh pasti ada yang menyedarinya dan tidak menolak kemungkinan dia hilang di daratan.

“Tiya pada awalnya, dilihat bermain-main dengan anak saudaranya yang berusia empat tahun sebelum hilang,” katanya ketika ditemui semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Sukri berkata, selepas menyedari kehilangan anaknya itu, semua cuba membantu tetapi gagal sehingga dia membuat laporan polis.

“Kami juga bersolat hajat dan laungan azan dan ada petunjuk menyatakan anak saya masih ada.



“Saya cuba mencari dan menjejaki sehingga ke atas dan belakang bukit hingga ke satu lagi anak sungai yang terdapat di kawasan itu… tetap juga tiada.

“Ketika kejadian air surut dan kedalaman air kira-kira 14 meter namun saya menolak kemungkinan Tiya jatuh ke dalam air pada ketika itu,” katanya.

Muhammad Sukri berkata, anaknya pada hari kejadian tidak mahu tidur seperti kebiasaannya kerana gembira ada majlis sambutan hari raya yang pertama kali diadakan di situ.

“Saya reda dengan kehilangan ini, namun sebagai bapa saya berdoa semoga dia ditemui selamat selagi jasadnya belum ditemui,” katanya.- UTUSAN



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker