Kisah Runner Dijadikan Keldai Akaun Tanpa Sedar
Kisah Runner Dijadikan Keldai Akaun Tanpa Sedar
Seremban: Seorang runner laman beli-belah atas talian menceritakan pengalamannya di Facebook yang diperdaya untuk menjadi keldai akaun oleh seorang wanita dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya.
Menurut Zahira, wanita berkenaan mendakwa rakannya memasukkan sejumlah wang ke akaun bank untuk tujuan berkenaan sedangkan ia adalah wang milik mangsa yang diperdaya.
“Pada 12 Mei, saya terima pesanan daripada pelanggan bernama Kakda yang meminta saya membayarkan bil berkenaan. Keesokannya saya dimaklumkan dia sudah memasukkan wang berjumlah RM870 ke akaun saya.
“Selepas semak baki, memang ada wang dimasukkan oleh seorang wanita. Saya kemudiannya teringat satu hantaran di Facebook mengenai modus operandi sama yang digunakan scammer untuk menjadikan saya sebagai keldai akaun,” katanya ketika dihubungi.
Zahira berkata, dia meminta pandangan seorang rakan lalu diminta supaya tidak meneruskan pembayaran bil berkenaan kerana mengesyaki ia adalah perbuatan scammer dan dalam masa sama cuba mengenalpasti pemilik wang yang dipindahkan itu.
“Pada hari sama Kakda sekali lagi hantar mesej memaklumkan memindahkan lagi sejumlah wang dan apabila saya semak, ada satu jumlah yang agak besar dimasukkan. Saya terus sekat nombornya dan membuat laporan di Balai Polis Benut,” katanya.
Tambahnya, dia kemudiannya ke Maybank bagi menutup akaun terbabit supaya wanita itu tidak menyalahgunakannya lagi.
“Pada 18 Mei saya mendapat janji temu dengan pihak bank dan mereka membantu saya membuka akaun baharu. Mereka juga memberi sedikit maklumat mengenai wang yang dipindahkan ke akaun saya.
“Saya berjaya menjejaki pemilik wang berjumlah RM870 melalui Facebook dan memulangkan semula wang miliknya namun pemilik kedua sukar dijejaki kerana tiada nama memandangkan dia memasukkan wang menggunakan mesin deposit tunai.
“Saya diberitahu bank, individu ini berasal dari Taman Molek, Johor Bharu, Johor. Jika ada sesiapa yang berasal dari sana dan pernah memasukkan sejumlah wang ke akaun atas nama saya, boleh berhubung dengan saya di talian 0197622674 dan sertakan bukti kukuh.
Zahira berkata, dia bernasib baik kerana sedar lebih awal akaun banknya dijadikan keldai akaun oleh wanita berkenaan dan jika masih meneruskan permintaan pelanggan itu sudah pasti dia kini sudah dicop sebagai keldai akaun.
“Dia menjadikan akaun saya sebagai transit. Selepas saya membuat pembayaran laman beli-belah itu, dia boleh menukarnya kepada wang tunai melalui resit atau nombor PIN Touch n Go yang diberikan kedai serbaneka,” katanya.-HM
Kisah Runner Dijadikan Keldai Akaun Tanpa Sedar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah