Zuraida kekal dalam Jemaah Menteri buat masa ini – Ismail

Zuraida kekal dalam Jemaah Menteri buat masa ini – Ismail

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kekal dalam Jemaah Menteri buat masa ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam sidang media di Tokyo, Jepun, Ismail menyatakan bahawa ramai yang memberikan pandangan mereka mengenai tindakan Zuraida meninggalkan Bersatu, termasuk presiden parti, Muhyiddin Yassin, dan rakan-rakan sekerjanya dalam Jemaah Menteri.

“Namun keputusan muktamad dalam tangan saya. Memandangkan masih terlalu awal untuk membuat keputusan, kerana saya masih belum bertemu dengannya, saya tidak akan mengulas lanjut.

“Tunggu saya pulang (ke Malaysia), panggil beliau berjumpa dan bincang dengannya. Kemudian, saya akan buat keputusan,” katanya sambil menambah, Zuraida masih akan menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri buat masa ini.

Ismail yang kini berada di Jepun dalam lawatan kerja, turut menegaskan bahawa Zuraida masih belum meletak jawatan sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

Beliau juga tidak memecat Zuraida, katanya.

Tambahnya, masih belum pasti sama ada beliau akan meminta Zuraida berundur daripada jawatannya, dan mengulangi bahawa beliau hanya akan membuat keputusan selepas bertemu menteri itu.

“Jadi, sehingga itu, kita teruskan seperti biasa.”

Pada Khamis, Zuraida mengumumkan akan keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru ditubuhkan, sambil menambah beliau akan bertemu Ismail tidak lama lagi untuk membincangkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri.

Muhyiddin berkata, beliau tahu Zuraida terlibat dalam PBM, dan surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepadanya berhubung perkara itu.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, beliau akan menyerahkan nama calon Bersatu untuk jawatan menteri Zuraida kepada perdana menteri.

Bagaimanapun, Khairuddin Aman Razali, penyandang terdahulu jawatan menteri dipegang Zuraida berkata, beliau perlu kekal dalam jawatan Jemaah Menteri sehingga Parlimen dibubarkan. FMT

Zuraida kekal dalam Jemaah Menteri buat masa ini – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker