Ibu kandung, nenek saudara ditahan bantu siasatan kes dera 2 kanak-kanak

HANTARAN di laman sosial berkenaan kemungkinan dua kanak-kanak menjadi mangsa penderaan berikutan kecederaan pada muka yang membawa kepada penahanan dua wanita iaitu ibu kandung serta nenek saudara mangsa di Air Hitam, Pulau Pinang, hari ini.

GEORGETOWN: Polis menahan dua wanita iaitu ibu kandung dan nenek saudara kepada pasangan adik-beradik yang disyaki menjadi mangsa kes dera di sebuah flat di Air Itam, di sini hari ini.

Suspek berusia 28 dan 52 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan ke atas kedua-dua suspek terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan di Balai Polis Air Itam, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, laporan tersebut berkaitan satu hantaran di media sosial Facebook mengenai  gambar dua anak-kanak yang sedang makan di sebuah restoran dengan kesan kecederaan pada bahagian muka.

“Pengadu membuat laporan polis kerana mengesyaki kedua-dua kanak-kanak berkenaan berkemungkinan mangsa kepada penderaan. Hasil serbuan dan pemeriksaan polis di sebuah rumah flat telah berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak  perempuan dan lelaki yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

“Dalam serbuan tersebut, kita juga menahan dua wanita tempatan iaitu ibu dan nenek saudara mangsa  bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Soffian memberitahu, pemeriksaan awal pada tubuh badan kedua-dua mangsa terbabit  telah menjumpai kesan luka dan lebam pada bahagian muka dan badan disyaki akibat penderaan.

“Mangsa akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta KanakKanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya,” tambahnya. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker