YDP Agong Zahirkan Sukacita Dan Bangga Kejayaan Cikgu Khalifa Cetus Semangat Baharu

YDP Agong Zahirkan Sukacita Dan Bangga Kejayaan Cikgu Khalifa Cetus Semangat Baharu

Kejayaan guru Kolej Vokasional Keningau Sabah, Khalifa Affnan dinobatkan sebagai pemenang global Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022 mencetus semangat baharu dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang itu menjadi suntikan semangat kepada Khalifa dan rakyat agar terus bekerja keras dan sukses di masa hadapan dalam bidang masing-masing.



“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Khalifa dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan berterusan,” kata Facebook Istana Negara hari ini.

Khalifa telah melakar sejarah negara setelah muncul guru Malaysia pertama terpilih merangkul anugerah berkenaan dan juga terdahulu di peringkat serantau di atas pencapaiannya dalam mencetuskan satu projek STEM.

Beliau dinobatkan sebagai pemenang selepas menewaskan 7,000 peserta lain dari 113 negara.



“Seluruh Keluarga Malaysia berbangga dengan kejayaan Cikgu Khalifa ini yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang perguruan di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian beliau dalam mencetuskan satu projek STEM ini perlu dijadikan penyuntik semangat Keluarga Malaysia lain untuk berusaha keras menempa kejayaan dalam bidang masing-masing,” katanya. – UO

YDP Agong Zahirkan Sukacita Dan Bangga Kejayaan Cikgu Khalifa Cetus Semangat Baharu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker