Bayar RM 1, Ibu Tunggal Dapat Kereta Kancil [VIDEO]
Bayar RM 1, Ibu Tunggal Dapat Kereta Kancil [VIDEO]
Melaka: Hanya semurah RM1. Itu harga dikenakan kepada seorang ibu tunggal bagi pembelian sebuah kereta terpakai.
Nilai itu ditetapkan pengusaha bengkel kenderaan di Durian Tunggal di sini, Shikh Muhammad Makhdad Haron, 49, selepas berasa simpati terhadap kepayahan hidup dialami Jamilah Mazaki , 70.
Shikh Muhammad Makhdad Haron, 49 berkata, pada awalnya Jamilah datang bertemunya sambil memaklumkan mahu membeli kereta, namun tidak mempunyai wang mencukupi.
“Bagaimanapun sebagai warga emas, sudah pasti tiada institusi kewangan yang bersedia memberi pinjaman kepada wanita terbabit.
“Simpati dengan keadaannya yang terpaksa mengguna perkhidmatan e-hailing serta menumpang orang ketika membeli keperluan bagi membuat rempeyek, saya berusaha mencari sebuah kenderaan terpakai.
“Saya membawa kereta berkenaan pulang ke bengkel sebelum memperbaiki keadaannya sehingga pulih dan selamat untuk digunakan semula. Alhamdulillah, hasil sumbangan rakan bengkel dan komuniti termasuk bagi menggantikan peralatan rosak, kerja baik pulih, insurans dan urusan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) amat dihargai dalam merealisasikan impian warga emas ini,” katanya.
Dia berkata, harga RM1 hanya dikenakan kepada wanita berkenaan sebagai tanda kasih sayang dalam usaha membantu individu yang memerlukan.
Katanya, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk hampir tertangguh beberapa bulan, akhirnya kereta itu dapat diserahkan kepada Jamilah.
Sementara itu, Jamilah melahirkan rasa terharu dengan infak kereta yang diterima itu kerana memudahkan urusan hariannya.
Beliau berkata, dia tidak menduga memperoleh kereta berkenaan dengan hanya membayar RM1 sahaja yang tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini.
“Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa semua pihak dan setiap individu yang membantu memenuhi impian saya ini,” katanya.-HM
Bayar RM 1, Ibu Tunggal Dapat Kereta Kancil [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah