Pelabur Twitter Saman Elon Musk Atas Dakwaan Manipulasi Pasaran

Pelabur Twitter Saman Elon Musk Atas Dakwaan Manipulasi Pasaran

SAN FRANCISCO: Individu paling kaya di dunia, Elon Musk menghadapi tuntutan saman daripada para pelabur Twitter kerana lambat mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah membeli perkhidmatan rangkaian sosial itu.

Para pelabur berkata, melalui tindakan itu, Musk berjaya menyelamatkan sebanyak AS$156 juta (RM684.45 juta) dengan gagal mendedahkan bahawa beliau telah membeli lebih daripada lima peratus saham Twitter sebelum 14 Mac lalu.



Musk juga terus membeli saham selepas 14 Mac dan akhirnya mendedahkan pada awal April lepas bahawa beliau telah memiliki 9.2 peratus saham Twitter, menurut saman tersebut yang difailkan pada Rabu di sebuah mahkamah Persekutuan San Francisco.

“Dengan menangguhkan pendedahan pegangannya dalam Twitter, Musk terlibat dalam manipulasi pasaran dan membeli saham Twitter pada harga rendah,” kata pelabur-pelabur tersebut.

“Manipulasi pasaran Musk berjaya. Twitter telah kehilangan (nilai) sebanyak AS$8 bilion (RM35.10 bilion) dalam penilaian sejak pembelian itu diumumkan,” kata tuntutan saman itu.

Para pelabur itu meminta mahkamah mengenakan jumlah ganti rugi punitif dan jumlah pampasan yang tidak ditentukan.

Musk sebelum ini mengumumkan bahawa beliau bersetuju membeli Twitter pada harga AS$44 bilion (RM193.05 bilion). – Agensi



Pelabur Twitter Saman Elon Musk Atas Dakwaan Manipulasi Pasaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker