Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening
KUALA TERENGGANU – Pas akan mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan dalam masa yang sama kekal bersama Muafakat Nasional (MN) dalam rangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan berusaha mempertahankan kedua-duanya iaitu gabungan parti politik dalam PN serta mengekalkan prinsip penyatuan ummah yang dimeterai menerusi piagam MN bersama UMNO.
“Agenda perpaduan ummah merupakan agenda terbesar yang akan kekal dipertahankan.
“Kita yakin akan menang (dalam PRU15) dengan mempertahankan PN dan masih kekal bersama MN,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Pas Terengganu, di sini, pada Khamis.
Difahamkan, Abdul Hadi sebelum itu menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Terengganu.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, keyakinan PN untuk menang dalam PRU15 berdasarkan prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Melaka dan Johor yang menunjukkan peningkatan undi lebih 100 peratus.
Beliau berkata, pada dasarnya agihan kerusi bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah dibincangkan bersama.
“Agihan kerusi pada PRU15 masih belum mencapai kata sepakat dan kita masih belum tahu lagi. Pada dasarnya sudah ada perbincangan agihan kerusi bersama Bersatu bagi mengelak pertembungan.
“Ya, kita ada formula untuk elak pertembungan kerusi sesama sendiri,” katanya.
Minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) ibarat nyawa-nyawa ikan.
Katanya, masa depan dan hubungan MN akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?
You must be logged in to post a comment.