Lelaki tayang badan di laman cari jodoh kurang keyakinan diri

DENVER, Colorado – Penyelidik dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa lelaki yang memuat naik gambar tidak berbaju atau menayang dada di aplikasi cari jodoh, Tinder dilihat sebagai tiada keyakinan diri dan tidak serius mencari cinta.

Menurut laporan portal berita MailOnline, kajian tersebut mendapati wanita menilai lelaki tidak berbaju sebagai berisiko tinggi dalam serangan seksual, kurang daya tarikan sosial dan tidak berpengalaman dalam hubungan.

Penyelidik juga menggalakkan lelaki yang mencari hubungan serius untuk berfikir dua kali sebelum menyiarkan gambar mereka yang tidak berbaju ke dalam profil umum.

“Menggambarkan diri secara seksual pada profil Tinder mungkin bukan pilihan persembahan diri terbaik untuk lelaki yang ingin memberi kesan positif kepada wanita,” demikian menurut hasil kajian.

Tambah kajian tersebut, persembahan diri secara seksual lelaki pada profil temu janji menimbulkan persepsi negatif mengenai tingkah lakunya dan meningkatkan kepercayaan bahawa dia terlibat dalam tingkah laku seksual berbahaya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker