Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..

Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..

“Bayangkan diri sendiri makan mewah dekat restoran di bandar Gaza sedangkan ada orang sana yang still tak cukup makan. Lepas tu bandingkan orang malaysia balik kampung dengan orang palestin yang dah 73 tahun dijajah,” tulis sebahagian netizen yang mempersoal tindakan aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri ‘makan besar’ di Gaza.

Isu restoran mewah itu tercetus selepas Nadir cuba menasihati rakyat Malaysia supaya tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun tidak pulang ke kampung.

Nadir juga turut ada menyatakan sekiranya dia berada di Malaysia, dia juga akan pulang ke kampung halaman. Tegasnya, dia hanya meminta untuk berdoa kepada saudara yang tidak dapat mengecapi kegembiraan seperti orang lain.

Bagi sesetengah netizen, kenyataan Nadir itu seolah-olah mereka tidak pernah peduli akan penderitaan rakyat Palestin yang masih berjuang untuk bebas daripada cengkaman rejim zionis sehingga ke saat ini.

Ujar netizen, kenyataan itu tidak mempunyai kaitan kerana setiap orang mempunyai kesulitan dan masalah hidup yang tersendiri, malah ada juga yang pulang ke kampung hanya sekadar dapat mengunjungi pusara ahli keluarga tersayang yang telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Nadir telah tampil membalas kenyataan sesetengah netizen yang mendakwa dia menjamu selera di sebuah restoran mewah biarpun ketika ini ramai penduduk palestin terpaksa kelaparan

Menurut Nadir, dia tidak tersentak dengan sebarang komen tersebut terutama buat mereka yang baru mengenalinya. Jelas Nadir, dia juga tidak kisah jika orang ramai terus memberi komen atau menghinanya.

“Saya ok je kalian yang baru kenal kami nak komen apa pun. Kalian bukan kenal yang duduk dengan kami ni yang mana satu pejuang, yang mana satu keluarganya ada syahid, yang mana satu hidup ikat perut.

“Tempat ni nampak je mewah tapi dalam 15 orang makan tu RM100 lebih je. Teruskan dengan komen masing-masing, hinaan dan cercaan masing-masing. Semoga Allah memberkati kalian semua,” katanya.

Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker