Uqasha Senrose mandi lumpur pun tetap cantik

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Uqasha Senrose terima pujian netizen kerana masih kelihatan jelita walaupun wajah dan dirinya dipenuhi lumpur.

Menerusi entri Instagram, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu memuat naik beberapa foto yang memperlihat dirinya ‘comot’ sewaktu menjayakan babak di sawah padi bagi naskhah Setelah Terlafaznya Akad 2.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri dengan pujian daripada rata-rata peminat dan rakan artis.

“Hehe mandi lumpur pun cantik tau, macam mana itu,” komen seorang peminat.

“Kenapa situasi macam ini pun tetap lawa dan sweet ya kamu berdua ini. Tidak mengapa, esok aku cuba
redah sawah padi dengan bini (isteri) aku… harap-harap gambar kami cantik seperti ini,” seloroh seorang netizen.

“Comot lumpur pun cantik. Aku ini kalau macam ini, balik kena hambat dengan mak,” komen juga peminat lain.

Selain itu, rata-rata warganet juga menzahirkan rasa tidak sabar untuk menonton naskhah popular tersebut yang masih dalam proses pengambaran, ketika ini.

Menjengah hantaran di Instastory, pelakon itu menyifatkan hanya tuhan sahaja yang tahu bau lumpur tersebut.

Namun, demi tuntutan kerja, dia harus melakukan dengan sebaiknya sebagai pelakon yang berkaliber.

“Tuhan sahaja tahu bau lumpur ini macam mana tetapi sebagai pelakon, harus jalankan tugasnya,” tulisnya.

Sekadar informasi, drama adaptasi novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia bakal menyusul.

Menerusi naskhah tersebut, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masih digandingan bersama yang akan bersiaran di MegaDrama Astro Ria.

Untuk rekod, pasangan dua sejoli itu mendirikan rumah pada tanggal pada 5 November tahun lalu.

Uqasha Senrose

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker