Ada Harapan Panjang Umur Jika Bersenam Dengan Kawan-kawan Jadikan Lebih Seronok

Ada Harapan Panjang Umur Jika Bersenam Dengan Kawan-kawan Jadikan Lebih Seronok

RAMAI antara kita yang ingin menurunkan berat badan tetapi biasanya tewas dengan kemalasan diri sendiri apatah lagi tiada motivasi untuk berbuat demikian.

Salah satu cara untuk menaikkan motivasi ketika bersenam adalah dengan mencari teman untuk turut serta dalam aktiviti bersukan.



Akan tetapi, pemilihan rakan bersenam juga penting – bukan sahaja sebagai teman tetapi untuk memastikan mereka boleh mengikut setiap senaman yang dilakukan dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Mengapa teman bersenam itu sangat penting?

1. Wujudkan semangat kesukanan

Percayalah, sesuatu perkara itu apabila dilakukan bersama akan jadi lebih mudah. Apabila bersenam sendirian, anda mungkin akan mencipta seribu alasan untuk tidak meneruskan aktiviti yang dilakukan.

Tetapi dengan adanya teman bersenam segala-galanya jadi lebih mudah dan seseorang akan lebih berdisiplin dan wujud semangat kesukanan ketika melengkapkan senaman yang dilakukan.



2. Tingkatkan hormon dopamin

Ketika bersenam, tubuh akan merembeskan hormon dopamin yang berperanan meningkatkan suasana hati dan membuatkan seseorang berasa lebih tenang dan gembira.

Kekurangan hormon dopamin ini akan membuatkan mood bertukar buruk malah dapat meningkatkan risiko kemurungan dan gangguan kecemasan (anxiety).

Disebabkan itu, bersenam bersendirian boleh menimbulkan rasa bosan dan tertekan yang pada akhirnya menyebabkan seseorang tidak bersenam dengan bersungguh-sungguh.



3. Faktor keselamatan

Senaman seperti mengangkat berat boleh mendatangkan risiko kecederaan. Apabila mempunyai teman, risiko berlakunya kemalangan dapat dikurangkan kerana ada seseorang mengawasi dan memantau kita.

Selain itu, berjoging juga perlu pemantauan kerana terdapat kes pengsan atau pitam ketika melakukan aktiviti itu.

Tambahan pula, kehadiran teman bersenam dapat membantu anda menilai gerakan dilakukan supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan.



4. Senaman bersama teman panjangkan umur

Senaman melibatkan interaksi sosial boleh membantu memanjangkan usia seseorang. Sebuah kajian mendapati orang yang melakukan senaman seperti bermain badminton atau bola sepak hidup beberapa tahun lebih panjang berbanding yang mengamalkan senaman ringan seperti joging dan berbasikal.

Senaman dapat memperbaiki mood sekiranya dilakukan bersama rakan-rakan.

Perkara ini sekaligus dapat membantu meningkatkan disiplin serta mengekalkan komitmen terhadap aktiviti dilakukan.



Ada Harapan Panjang Umur Jika Bersenam Dengan Kawan-kawan Jadikan Lebih Seronok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker