13 juta untuk tahfiz bukan rasuah

Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, 69, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa projek MyEG kepada ahli perniagaan itu, Junaith Asharab Md Shariff, yang juga pemborong tekstil, sebagai balasan kepada sumbangan tersebut.

Ini kerana kerana MyEG bukan di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi di bawah Kementerian Kewangan, katanya.

Bekas menteri dalam negeri itu berkata sumbangan menerusi 23 cek (berjumlah RM13 juta) oleh syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Lewis & Co dan fakta itu disahkan oleh Junaith Asharab yang juga saksi pendakwaan ke-36 ketika beliau memberi keterangan di mahkamah.

“Pihak pendakwaan sendiri tidak pernah mengemukakan apa-apa keterangan atau bukti di mahkamah yang menunjukkan terdapat apa-apa cadangan atau bukti yang menyatakan saya menjanjikan projek-projek tersebut kepada Junaith Asharab.

“Malah, keterangan Junaith Asharab sendiri juga sangat jelas menyatakan bahawa cek-cek tersebut merupakan sumbangannya untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi, semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik YAB.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sebelum ini Junaith Asharab memberikan keterangan di mahkamah dengan menyatakan bahawa: “Saya dari keluarga yang terkenal. Keluarga mertua saya kaya raya.”

“Saya juga telah dimaklumkan bahawa Junaith Asharab adalah seorang India muslim yang datang daripada keluarga yang sangat kaya yang kemampuan beliau melampaui kemampuan orang-orang biasa. Saya juga difahamkan bahawa beliau mempunyai satu kemudahan dari segi wang ringgit untuk disumbangkan kepada mana-mana pihak yang diingini.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Junaith Asharab turut menyumbang ke atas pembinaan sebuah masjid di India yang tulisan 30 juzuk ayat-ayat Al-Quran pada masjid tersebut dibuat daripada emas dan perkataan ‘Bismillah’ di permulaan setiap surah dibuat daripada berlian,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid menafikan bahawa beliau menerima rasuah RM250,000 daripada Junaith Asharab kerana wang tersebut adalah pinjaman yang diberikan kepada adiknya, Datuk Seri Nasaee.

“Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Junaith Asharab semasa di peringkat pendakwaan di mahkamah, cek itu adalah pinjaman yang diberikan kepada adik saya (Nasaee). Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan cek ini dan saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya.

“Saya tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan pinjaman ini dan apa-apa kaitan dengan cek ini. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya,” katanya yang mengenali Junaith Asharab sejak 2016 melalui Nasaee.

Bagi pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

– Bernama

13 juta untuk tahfiz bukan rasuah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker