Anak Ketiga Pasangan Panda Gergasi Diberi Nama Shen Yi [VIDEO]

Anak Ketiga Pasangan Panda Gergasi Diberi Nama Shen Yi [VIDEO]

Anak ketiga pasangan panda gergasi dari China, Xing Xing dan Liang Liang, dinamakan sebagai Sheng Yi selepas hampir setahun dilahirkan.

Nama tersebut diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada satu majlis di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara pagi ini yang turut dihadiri oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujin.



Nama yang diberikan kepada anak panda itu membawa maksud keamanan dan persahabatan.

“Hari ini adalah hari bersejarah bagi hubungan diplomatik Malaysia dan China apabila anak ketiga pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan 31 Mei 2021 dinamakan,” jelas Takiyuddin.

Malaysia katanya berharap kelahiran Shen Yi juga mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan juga China.

Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Konservasi panda gergasi di antara Malaysia dan China melalui Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), dimeterai untuk tempoh 10 tahun bermula 2014.



Sebelum ini pasangan panda gergasi itu juga pernah melahirkan dua lagi anak iaitu Nuan Nuan pada 2015 dan Yi Yi 2018.

Nuan Nuan sudah dihantar pulang ke China pada 14 November 2017 namun urusan penghantaran Yi Yi pada 2020 terpaksa ditangguhkan selepas China terpaksa menutup pusat konservasinya akibat pandemik COVID-19 ketika itu.-AA/HM



Anak Ketiga Pasangan Panda Gergasi Diberi Nama Shen Yi [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker