Anwar tuntut negara maju segera sumbang RM100 bilion setahun

Anwar tuntut negara maju segera sumbang RM100 bilion setahun

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa negara maju menunaikan komitmen mereka untuk menyediakan AS$100 bilion setahun bagi menyokong negara membangun terhadap usaha aspirasi iklim sambil menyedari sejumlah trilion dolar setahun akan diperlukan di masa hadapan.

Beliau berkata saintis telah mengesahkan dunia baru saja mengalami musim panas yang terpanas dalam sejarah.



“Kami baru saja mendengar Setiausaha Agung secara serius mengisytiharkan “kerosakan iklim telah bermula.”

“Malah Malaysia sedang menyaksikan peningkatan dalam kesan buruk perubahan iklim, dengan peningkatan suhu, peningkatan paras laut, monsun yang bertambah buruk dan corak cuaca yang tidak menentu menggugat kehidupan dan mendegradasikan ekosistem tempatan.

“Justeru, kami tidak mahu membuang masa,” kata beliau di dalam Kenyataan Negara Malaysia pada Debat Umum Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memainkan peranannya dengan membangunkan pelan hala tuju rendah karbon dan tenaga boleh diperbaharui bagi melaksanakan strategi penyesuaian dan mitigasi .



“Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang baru dilancarkan seharusnya membantu kami dalam mencapai NDC (Sumbangan Nasional yang Ditentukan) kami, selain daripada memandu kami ke arah aspirasi sifar bersih kami,” kata Anwar.

Beliau menekankan bahawa perbincangan mengenai aspirasi iklim dengan ketiadaan kesaksamaan, keadilan dan sumber diperlukan untuk membantu dan memperkasakan negara-negara untuk melaksanakan tindakan yang lebih besar terhadap iklim merupakan satu langkah yang sia-sia.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab setiap negara ke arah sasaran iklim sejagat, Malaysia telah merombak NDCnya untuk mengurangkan keamatan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding paras pada 2005.

Usaha ke arah mencapai NDC telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (NEP 2020)



Ini merupakan kemunculan sulung Anwar sebagai Perdana Menteri dalam perhimpunan tahunan ini.

Tema Debat Umum pada tahun ini Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua. Mk

Anwar tuntut negara maju segera sumbang RM100 bilion setahun

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker