Chihuahua usia 21 tahun disahkan anjing tertua di dunia

OBYKEITH kini berusia 21 tahun dan 66 hari. – Guinness World Records

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seekor anjing baka Chihuahua di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) disahkan oleh Guinness World Records sebagai anjing tertua di dunia setelah hidup selama 21 tahun dan 66 hari, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Pemilik anjing itu, Gisela Shore berkata, dia mengambil anjingnya, TobyKeith untuk dijadikan haiwan peliharaan ketika ia berusia lapan bulan.

“Saya ialah sukarelawan di Peggy Adams Animal Rescue dan salah seorang pekerja memberitahu saya tentang pasangan warga emas yang mahu menyerahkan anak anjing kerana mereka tidak dapat menjaganya lagi.

“Saya bertemu dengan pasangan warga emas itu dan diperkenalkan kepada seekor chihuahua kecil berwarna coklat. Mereka  menamakannya Peanut Butter dan saya kemudian menukar namanya kepada TobyKeith,” kata Shore kepada Guinness World Records.



Shore berkata, dia mula menyedari TobyKeith mungkin anjing tertua di dunia apabila ia berusia 20 tahun.

Guinness mengesahkan umur TobyKeith 21 tahun dan 66 hari pada 16 Mac lalu dan mengisytiharkan statusnya sebagai anjing tertua yang masih hidup. Anjing baka Chihuahua biasanya hidup selama 12 hingga 18 tahun.

“Orang ramai tidak percaya betapa sihat ia pada usianya,’’ jelas Shore.

Anjing tertua pernah direkodkan sebelum ini adalah seekor anjing Australia bernama Bluey. Ia mati pada usia 29 tahun dan lima bulan pada 14 November 1939. – Agensi



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker