Tolonglah respons! Ahli Parlimen KL gesa Annuar jawab surat mereka

Ahli Parlimen Kuala Lumpur menggesa Annuar Musa memanggil mesyuarat khusus dengan segera.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen di Kuala Lumpur menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa segera memberikan maklum balas terhadap surat yang dihantar mereka pada 7 Dis lalu.

Dalam kenyataan, sembilan Ahli Parlimen itu berkata mereka ingin berbincang dengan Annuar mengenai isu penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan (JaKoWIP), Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kementeriannya.

Ahli Parlimen berkenaan adalah Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Hannah Yeoh (Segambut), P Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).

“Kami menggesa menteri segera memberi respons berkenaan surat tersebut dan memanggil satu mesyuarat khusus bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada kadar segera sebelum mesyuarat pertama JaKoWIP diadakan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Ahli Parlimen berkenaan, JaKoWIP merupakan sebuah jawatankuasa yang dirangka sebagai pengganti kepada format Majlis Menteri Wilayah yang wujud semasa pentadbiran Pakatan Harapan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker