Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut! Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air

Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut! Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air

BADAN akan kehilangan banyak cecair sewaktu berpuasa lebih kurang 12 jam. Oleh itu kita selalu berasa dahaga dan dehidrasi pada waktu siang.

Namun akibat terlalu haus, kita akan meneguk air dengan lebih banyak selepas berbuka sehinggakan kembung perut dan berasa tidak selesa.



Berikut lima buah yang sesuai untuk dimakan yang mampu mencegah kembung perut sekali gus menambah cecair dalam badan:

1. Tembikai

Di majlis kenduri-kendara, sehinggalah menjadi juadah berbuka puasa tembikai sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Isi tembikai yang kemerahan ini menarik perhatian dan paling sesuai untuk dijadikan pembuka selera sewaktu berbuka. Kemanisannya juga membuatkan anda tidak akan berhenti menikmatinya.



Tembikai lebih nikmat dan segar dimakan dalam keadaan yang sejuk. Buah ini juga mengandungi 92 peratus air yang mampu menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Tetapi, harus diingatkan bahawa pengambilan tembikai terlalu banyak boleh menyebabkan anda muntah kerana buah ini merupakan makanan yang boleh menyumbangkan kepada masalah ‘angin’.

2. Strawberi

Tidak dinafikan strawberi adalah buah yang menjadi kegemaran setiap kanak-kanak kerana rasanya yang masam dan manis. Saiznya yang kecil comel dan warna merah yang terang mampu meningkatkan mood si kecil.



Dengan kadar 92 peratus air, strawberi menjadi pilihan yang tepat untuk berbuka puasa. Pengambilan buah ini ketika waktu berbuka mampu mencegah hipohidrasi sekali gus masalah kembung perut.

Nikmatilah strawberi dalam keadaan sejuk untuk kesedapan luar biasa. Anda juga boleh cuba membuat smoothie atau salad buah untuk mempelbagaikan cadangan hidangan.

3. Belimbing

Buah tempatan yang memiliki rasa masam, manis dan segar ini mengandungi 91 peratus air. Buah ini mampu menambah kandungan air dalam badan dan tidak mengembungkan perut anda.



Buah belimbing sangat kaya dengan vitamin C dan rendah kalori. Disebabkan rendah kalori juga, buah ini sesuai untuk dimakan oleh orang yang sedang diet.

Bukan itu sahaja, buah berbentuk bintang ini mampu mengawal tekanan darah dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Belimbing juga dapat dinikmati semasa berbuka puasa atau dibuat jus.



4. Timun

Selain empat buah yang dinyatakan di atas, timun juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Mempunyai aroma segar, ia juga rendah kalori.

Walaupun rasanya tawar, namun jika dimakan ketika berbuka ia mampu mencegah kembung perut. Kebiasaannya, timun dibuat ulam atau dibuat jus.

Untuk rasa yang lebih sedap, campur jus timun ini dengan sirap melon dan juga selasih. Anda juga akan berasa segar untuk menjalani tarawih.

Timun juga mampu membuatkan proses pencernaan lebih baik. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai sembelit, timun adalah cadangan yang bagus untuk anda.



5. Tembikai susu

Sewaktu bulan puasa, air tembikai susu ini sering menjadi rebutan selain air tebu dan air tembikai.

Tembikai susu yang rupanya seakan buah labu juga antara buah yang tinggi kandungan airnya. Ia mampu menggantikan cecair dalam badan untuk mencegah kembung perut.

Buah ini kaya dengan vitamin A dan C yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Tembikai susu memiliki rasa yang kurang manis atau mungkin tawar, jadi cadangan hidangan buah ini adalah mencampur dengan air buah atau dicampurkan dengan susu cair dan koktail buah sebagai pencuci mulut.

Disebabkan rasanya yang tawar, buah ini mampu membantu menurunkan berat badan. Sesuai buat sesiapa yang inginkan badan ideal semasa raya nanti!

Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut! Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker