Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat [VIDEO]

 

Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat [VIDEO]

BEIJING – China dilaporkan mengenakan langkah terbaharu untuk mengekang penularan Covid-19 di Shanghai dengan mengarahkan pekerja tidur di pejabat selama berhari-hari, lapor  News Explorer kelmarin.

Dasar kawalan Covid-19 yang ketat dilaksanakan selepas kes Covid-19 dilaporkan melonjak di Shanghai dengan pentadbiran tempatan berikrar untuk mengekang penularan dengan mengenakan dua peringkat sekatan.

Salah satu peringkat sekatan dikenakan adalah dengan tidak membenarkan pekerja pulang ke rumah bagi mengelak jangkitan daripada berlaku.



Seorang pekerja sebuah syarikat di daerah perniagaan, Shanghai Software Park berkongsi kehidupannya yang mengerikan semasa penutupan pejabat kepada penonton di media sosial.

Lelaki itu menerima notis yang mengarahkan semua pekerja yang telah ke pejabat sebelum 28 Februari lalu untuk kembali ke sana bagi menjalani kuarantin wajib selama 12 hari.

Dalam video yang dikongsinya di TikTok, kakitangan perubatan hadir ke pejabat untuk mengambil sampel ujian calitan hidung daripada setiap pekerja pada setiap hari.

Di luar waktu pejabat, dia bersama rakan-rakannya menukarkan jabatan Teknologi Maklumat itu kepada studio e-sports dengan sebahagian daripada mereka dilihat bermain permainan video seperti Counter Strike dan Honor of Kings.

Pekerja lain pula dilihat menyiapkan tempat tidur mereka dengan meletakkan semua beg tidur di lantai dalam dua barisan. Mereka dibenarkan pulang 12 hari kemudian setelah membersihkan kawasan tersebut. – Agensi



Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker