Liga Juara AFC: TMJ Puji JDT, Anggap Permulaan Baik [VIDEO]

Liga Juara AFC: TMJ Puji JDT, Anggap Permulaan Baik [VIDEO]

Kejayaan wakil tunggal negara di Liga Juara Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) membelasah Guangzhou FC 5-0 mendapat pujian daripada pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran pada akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyifatkan kemenangan itu sebagai permulaan yang baik namun tetap menuntut barisan pemainnya untuk terus memberikan persembahan cemerlang.

“Permulaan yang baik untuk kami dalam kempen Liga Juara-Juara AFC. Cabaran yang lebih hebat menanti tetapi walau apa pun ianya adalah permulaan yang baik. Terima kasih kepada para penyokong atas sokongan anda,” katanya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan berpesta gol apabila mudah membenam kelab dari China itu menerusi kemenangan 5-0 yang menyaksikan penggempur mereka, Bergson da Silva melakar hatrik.

Penguasaan total JDT terserlah menerusi statistik perlawanan yang menyaksikan mereka memegang lebih 80 peratus penguasaan bola selain melakukan sembilan percubaan tepat ke gawang pelawat.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan skuad Benjamin Mora mendahului Kumpulan I selepas aksi pertama antara Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale berkesudahan seri 1-1.

Selepas ini, mereka akan berdepan Ulsan Hyundai pada malam Isnin.-BH

Liga Juara AFC: TMJ Puji JDT, Anggap Permulaan Baik [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker