Mercedes Benz jual kereta termahal berharga RM624 juta

Mercedes-Benz SLR 1955 dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes, Rudolf Uhlenhaut. – Forbes

BERLIN – Syarikat automotif Mercedes Benz mengumumkan bahawa pihaknya berjaya menjual kereta paling mahal di dunia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Mercedes-Benz model SLR 1955 yang selama ini disimpan dalam koleksi pembuat kereta Jerman itu telah dijual kepada pemilik persendirian pada harga AS$142 juta (RM624 juta).

Syarikat pemantauan koleksi kereta,  Hagerty berkata,  nilai tersebut menjadikan kenderaan mewah tersebut kereta paling mahal pernah dijual.

Wang daripada jualan itu akan digunakan untuk menubuhkan Dana Mercedes-Benz iaitu  sebuah dana biasiswa global, kata Mercedes dalam satu pengumuman.

Rekod harga jualan kereta  termahal sebelum ini dilaporkan AS$70 juta (RM307 juta) bagi kereta Ferrari 250 GTO 1963 pada 2018.

Mercedes yang baru dijual itu  adalah satu daripada dua prototaip 300 SLR Uhlenhaut Coupe.

Kereta berusia 67 tahun itu dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes pada masa itu, Rudolf Uhlenhaut dan didakwa mempunyai kelajuan tertinggi 299 kilometer sejam.

Ia telah dijual dalam lelongan secara jemputan tertutup di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart pada 5 Mei lalu.

Lelongan itu diadakan dengan kerjasama syarikat lelongan kereta RM Sotheby’s. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker