Makan Big Mac hampir setiap hari selama 50 tahun

Gorske, 68, telah memakan lebih daripada 32,000 burger itu sejak 1972. – Guinness World Record

MADISON – Seorang lelaki di Fond du Lac, negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) mencipta rekod dunia tersendiri apabila memakan hidangan burger Big Mac daripada  rangkaian restoran makanan segera McDonald’s hampir setiap hari selama 50 tahun.

Don Gorske, 68, yang merupakan seorang pesara pengawal penjara, setakat ini telah memakan lebih 32,000 burger Big Mac sejak pertama kali menikmati hidangan tersebut pada tahun 1972.

“Meskipun sudah memakan Big Mac lebih 30,000 kali, namun setiap kali saya menikmatinya, ia terasa seperti kali pertama.

“Big Mac sangat sedap bagi saya sehingga saya tidak kisah jika tiada makanan lain,” ujar Gorske.



Dia hanya mampu bertahan lapan hari untuk tidak memakanan hidangan kesayangannya itu iaitu ketika restoran McDonald’s di kawasan rumahnya ditutup akibat ribut salji pada 1982 dan pada hari kematian ibunya sebagai tanda penghormatan.

Cawangan kegemaran Don ialah McDonald’s di bandarnya tetapi mendakwa telah menikmati Big Mac di semua 50 negeri di AS dan Kanada.

Dia juga pernah dibawakan burger dari negara lain oleh rakan dan keluarga.

Gorske mempunyai dua kabinet khas yang memaparkan pencapaiannya bersama Big Mac termasuk pengiktirafan Guinness World Record kali pertama dalam kategori memakan 15,490 burger itu pada 1999. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker