Jom Kita Debat Kit Siang..Mana Pendrive? – Najib
Jom Kita Debat Kit Siang..Mana Pendrive? – Najib
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak kini mencabar Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya.
“Hari itu saya dengan Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya tawar untuk debat kamu dalam Bahasa Inggeris,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebook rasminya
Sebelum ini Lim Kit Siang ada memuatnaik posting di media sosialanya yang menyatakan Najib menggunakan helah dengan kemenangan Marcos Jr dalam pemilihan presiden di Filipina serta menuduh Najib membuat tuduhan palsu pada pihak pembangkang.
Najib juga menekankan, persaraan yang pernah diumum oleh Lim Kit Siang seolah tidak menjadi kerana masih lagi berusaha untuk menghasut dan menipu rakyat dengan menggunakan nama Najib untuk menjatuhkan beliau.
Dalam masa yang sama, beliau telah menyiapkan secara terperinci isi-isi yang akan dikemukakan kepada Lim Kit Siang sekiranya bekas penasihat DAP itu bersetuju untuk berdebat.
“Kenapa kamu meroyan lebih 10 tahun tentang kematian Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan tapi kamu sepatah haram tidak pernah sebut tentang kematian mengejut saksi utama kes Terowong yang juga jatuh bangunan sebelum mendiang dijadualkan memberi keterangan dalam mahkamah?
“Kenapa kamu kata Malaysia bakal bankrap/gagal sejak 60 tahun lalu dari permulaan karier politik sehingga kononnya kamu bersara tetapi Malaysia belum bankrap/gagal lagi?” soal Najib.
Antara persoalan lain yang akan diajukan Najib ialah Lim Kit Siang yang sebelum ini bertahun lamanya ingin menuduh dan mengaitkan Najb dengan kes pembunuhan beberapa orang mangsa namun kenyataan jadi berubah kepada tidak pernah menuduh beliau selepas Pilihan Raya ke 14 (PRU14).
Begitu juga dengan kenyataan Lim Kit Siang yang berubah setelah berpuluh tahun menuduh Tun Mahathir korup namun selepas bergabung dengan bekas Perdana Menteri itu, Lim Kit Siang tidak pernah lagi menuduh Tun Mahathir sebagai seorang yang korup.
“Saya tak pernah didakwa mencuri/merompak/ambil rasuah tetapi bawah akta AMLA sebab saya tak gunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi, ianya sangat berbeza dengan anak kamu yang benar-benar didakwa/minta/ambil rasuah dan penyelewengan harta bawah kanun keseksaan jadi kenapa kamu gelar saya kleptokrat tetapi tidak tuduh anakmu seorang kleptokrat,” soal Najib lagi dengan tegas.
Najib juga tidak lupa menekankan persoalan yang bakal dibawa sekiranya terjadi perdebatan antara mereka, iaitu berkaitan ‘mana pendrive?’-BNC
Jom Kita Debat Kit Siang..Mana Pendrive? – Najib
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET