Sukan SEA Hanoi: Tiada Kontroversi, Kaki Azeem Tidak Jejak Blok Permulaan – Manshahar

Sukan SEA Hanoi: Tiada Kontroversi, Kaki Azeem Tidak Jejak Blok Permulaan – Manshahar

Hanoi: Segalanya terjawab mengenai insiden pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang dibatalkan penyertaan pada saringan 100 meter (m) lelaki di Stadium Nasional My Dinh, petang tadi, sekali gus menyebabkan impian Malaysia meraih emas hatrik acara berkenaan tidak tercapai.

Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abd Jalil mengesahkan anak buahnya itu sah dibatalkan penyertaan dan tidak ada apa yang kontroversi mengenai insiden itu seperti yang digembar-gemburkan netizen di media sosial, kononnya pegawai perlumbaan tersalah membuat keputusan.

“Buat masa ini, rezeki Azeem memang setakat itu sahaja. Insya-Allah akan datang ada yang lebih baik untuknya,” kata Manshahar selepas tamat final acara riben biru itu yang menyaksikan seorang lagi pelari negara, Arsyad Md Saat menduduki tempat keenam.



Selepas dua kali berturut-turut meraih emas acara 100m pada 2017 (Kuala Lumpur) dan 2019 (Manila), impian untuk mengulangi pencapaian itu tidak kesampaian selepas pelari Thailand, Puripol Boonsoon, muncul juara.

“Selepas dijelaskan pengadil dan pengarah teknikal dengan bukti, memang menunjukkan Azeem keluar lebih awal kerana kakinya tidak menjejak blok permulaan itu sebelum atau ketika tembakan pistol pelepasan,” katanya.-HM

Sukan SEA Hanoi: Tiada Kontroversi, Kaki Azeem Tidak Jejak Blok Permulaan – Manshahar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker