Polis buru lelaki buang patung sembahyang dalam tong sampah

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki membuang patung sembahyang di halaman sebuah rumah yang dilaluinya.

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang individu yang dipercayai membuang patung sembahyang agama Hindu ke dalam tong sampah seperti dilihat dalam video tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kulai Tok Beng Yeow berkata, pada 15 Mei, pihaknya menerima laporan daripada pemilik patung tersebut mengenai kejadian.

Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian dipercayai berlaku di hadapan rumah pengadu di Taman Scientex Senai, Johor, kira-kira 9 pagi pada tarikh sama laporan dibuat.

“Pengadu mengesahkan bahawa patung sembahyang miliknya itu diletakkan di luar halaman rumah untuk hiasan, bukannya untuk tujuan sembahyang,” kata Tok dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengadu turut memaklumkan bahawa tiada sebarang kerosakan ke atas patung tersebut dan ia telah diletakkan kembali ke tempat asal.

“Salinan rakaman CCTV kejadian telah diambil oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 42 saat yang dimuat naik pengguna Facebook Krishnamoorthy Vichu menunjukkan suspek melakukan perbuatan itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker