Remaja lontar bom ke arah rumah PM Thailand

BANGKOK – Seorang remaja dilaporkan melempar sebutir bom ‘pingpong’ ke arah kediaman Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha di Bangkok, lapor akhbar Thaiger kelmarin.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu.

Remaja lelaki bermotosikal itu, melempar bom buatan sendiri pada  pagar berek Rejimen Infantri Pertama di Jalan Vibhavi Rangsit  yang menjadi lokasi tempat tinggal Prayut.



Bom itu meletup di sebuah laman setentang dengan kediaman Prayut,  namun tiada sebarang  kecederaan dilaporkan.

Skuad Pemusnah Bahan Letupan dilaporkan telah mengumpulkan bukti, manakala pegawai penyiasat masih  menjalankan siasatan untuk mencari pelaku serangan tersebut.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada  serangan itu mempunyai kaitan dengan  tunjuk perasaan yang diadakan di Bangkok pada hari sama.

Semasa demonstrasi  tersebut,  penyokong gerakan antikerajaan dikenali sebagai Baju Merah berarak di jalan-jalan di Bangkok kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan) dan membakar keranda tertera  gambar Pra­yut.



Mereka bersorak ketika keranda terbakar dan api dipadamkan pukul 6.57 petang sebelum  peserta penunjuk perasaan membersihkan kawasan sekitarnya  lalu bersurai.

Protes itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-12 demonstrasi besar-besaran oleh Baju Merah pada tahun 2010.

Sekitar  90 orang terbunuh dalam protes ganas tersebut, manakala  2,000 yang lain  ce­dera. – AGENSI

Remaja lontar bom ke arah rumah PM Thailand



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen



Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker