Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar

TANJONG MANIS: Guru dan murid yang baru memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Muda Pakeri di Kampung Paloh di sini cemas, apabila salah sebuah bilik asramanya terbakar pada pagi Khamis.

Bilik yang menempatkan asrama murid lelaki itu merupakan antara empat bilik yang ada di blok asrama sekolah berkenaan yang mempunyai 35 penghuni.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.29 pagi dan terus mengaktifkan kenderaan utiliti dan bot alumunium ke lokasi kejadian, yang terletak sekitar 73 kilometer menggunakan laluan darat dan air.
Pasukan tersebut hadir dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis.

“Pada masa yang sama, 30 anggota bomba komuniti turut diatur gerak dari kawasan berdekatan iaitu dari Kampung Berangan, Kampung Kedang dan Kampung Paloh sendiri,” jelasnya.

Berdasarkan maklumat awal daripada guru besar sekolah tersebut, Hishamudin Ahmad Rani, kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

“ Hanya satu bilik asrama yang musnah dan semua mangsa berjaya menyelamatkan diri,” tambahnya.

Pasukan bomba komuniti telah menggunakan 22 unit alat pemadam api, dua aliran hos dengan sumber air daripada pili bomba dan pam angkut untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 8.45 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Untuk rekod, SK Orang Kaya Muda Pakeri mempunyai 122 murid.-AA

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker